Monday, June 25, 2007

Tok janggut pahlawan melayu




Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:
cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
kelapa sebanyak 3 sen setandan
sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.
Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.
Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

3 comments:

zamri b. hj.amin said...

darah dn jiwa susah dpt dimengertikan dgn kata2..tindakanlah merungkai segalanya..sungguh pun perit perjuangan itu..kita jua lah mengecapinya skrng..al faatihah kpd pejuang kita seharusnya..amin.

zamri b. hj.amin said...
This comment has been removed by the author.
drilyas said...

Sebenarnya sejarah Orang Melayu atau Malayu atau Malai atau Malay begitu panjang tetapi tidak diketahui orang. Ajaran Melayu, "Malaiyana Mulayanam" (The Root of All Knowledge) telah diwujudkan oleh Mahasiddha Svayana lebih 790,000 tahun dahulu di Buwana Svarnabumi Tanah Sunda (dikenali juga dengan nama Alam Melayu atau Sundaland atau Kumari Kandam atau Lemuria atau Mu atau Atalantis). Apabila berlaku malapetaka dahsyat super tsunami dan letusan Gunung Batara Guru, sebahagian dari tanah daratan Alam Melayu telah tenggelam ke dasar laut (kini menjadi Laut China Selatan, Laut Jawa, Laut Sulu dan Teluk Siam - itu sebabnya minyak dan gas banyak terdapat di dalam laut sebab pada suatu masa dahulu ia adalah tanah daratan). Melayu itu Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan dan Budaya Yang Memerintah. Melayu sejati ada mempunyai tiga sifat utama, iaitu 1) Tidak boleh berdolak dalik, 2) Tidak boleh berhasad dengki, 3) Tidak boleh mungkir janji. Salah sebuah daripada kitab "Malaiyana Mulayanam" itu bernama: Malaiyavahasarahsarahsiyahannamvahasapulatsyaviranmaningrattanam" (memang panjang namanya). Untuk lebih lanjut, layari web saya:
drilyasharunmalaysia.blogspot.com atau cari "Malaiyana Mulayanam."